Pemilik Restoran Cikgu Nasi Ulam Meninggal

Pemilik dan pengasas Restoran Cikgu Nasi Ulam, Abdul Hamid Idris, 62, meninggal dunia awal pagi tadi.

Abdul Hamid, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6.30 pagi di rumahnya di Kampung Pasir Kota.

Arwah meninggal dunia selepas menghidap penyakit barah mulut.

Pemilik Restoran Cikgu Nasi Ulam, Abdul Hamid Idris
Pemilik Restoran Cikgu Nasi Ulam, Abdul Hamid Idris

Anak sulung arwah, Razihan Abdul Hamid berkata, ayahnya itu menghidap penyakit barah mulut sejak dua tahun lalu.

Katanya, jenazah arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tambak, Pintu Geng.

Restoran Cikgu Nasi Ulam amat terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan pelanggannya bukan sahaja dari kalangan penduduk tempatan malah luar negeri.

Sajian paling popular disediakan di restorannya ialah ikan keli goreng berempah, asam pedas ikan patin, ikan singgang, ulam-ulaman, budu dan sebagainya. – 24 Nov 2015.

Leave a comment